Saturday 26 March 2011

Santapan indah buat Mu'min....

Buat pembaca semua, sedikit perkongsian saya sajikan ,mudah-mudahan menjadi bekalan berfaedah buat semua....=) (alahamdulillah dbri ksemptn mbuat pkongsian buat smua walaupn agk busy kbelkgn ni....)


Perkongsian Ilmu:
  

Drpd Abu Hurairah (r) katanya : Sabda Nabi Muhammad SAW yg bmaksud, mafhumnya :
"Orang Mu'min yg kuat itu lebih baik dan lebih kasih kepada ALLAH daripada Mu'min yang lemah , sedangkan semuanya baik. Berusahalah untuk pkara yang berfaedah (bermanfaat) . mintalah pertolongan dari ALLAH dan jangan bersikap lemah. sekiranya kamu ditimpa sesuatu maka janganlah berkata : kalau aku lakukan ia akan jadi demikian , tetapi sudah ditakdirkan ALLAH . DIA lakukan apa yang dikehendakiNYA . Sebenarnya perkataan (kalau) itu boleh mendorong kerja syaitan."
(H.R. Muslim)




drpd hadis ini Rasulullah SAW menilaikan antara 2 orng yg beriman. orang Mu'min yg kuat itu dikasihi oleh NYA drpd Mu'min yg lemh sekalipunnya baik.  

Baginda SAW memerintahkan 3 perkara untuk meningkatkan keimanan :
1)Berusaha bersungguh-sungguh  untuk menghasilkan perkara yang berfaedah.
2)Berpegang teguh dengan ALLLAH dalam segala pekerjaan tanpa perasaan lemah atau mundur.
3)Menerima segala keputusan ALLAH dengan rela hati tanpa sugutan sedikit pun.


pembaca dikasihi semua, marilah kita berusaha sedaya upaya untuk kebaikan dan berserahlah kpd ALLAH dalam menentukan hasilnya. Mudah-mudahan kita akan dikasihi oleh ALLAH SWT....insyaALLAH....




peringatan juga buat diri saya disamping perkongsian buat pembaca.....
(Hadis ini amat memberi motivasi pd sy dalm smua perkara, ALLAH ma'a nahnu,insyaALLAH.., ALLAH always by your side,Fauzan.dan juga semua......InsyaALLAH)

Minta mf jka ada tersalah bhsa atau pggunaan ayt...he. saya budak bru beljr,ada salh tolg betulkan...=)




InsyaALLAH jka dbri ksempatan akan sya kongsikan sdikit petua@rahsia peljr cemerlang....
santapan buat penuntut ilmu...sajian buat pencari ilmu...=)

Sunday 20 March 2011

Puisi Indah Buat Minda....

Selamat datang pagi.
Lihatlah pada siang ini.
Kerana itulah kehidupan , hidupnya kehidupan.
Pada masa singkat itulah
kau menemui berbagai hakikat keberadaanmu.
Itulah saat meraih nikmat
saat meraih cahaya kemenangan.
Kerana kelmarin hanya tinggal mimpi 
sedang esok hanya fantasi.
Tetapi hari yang sedang kau jalani sekarang ini
akan menjadi kelmarin 
sebuah mimpi yang indah 
dan esok adalah wujudnya harapan.
Berbuat baiklah!
Lihatlah sesuatu yang baik pada hari ini.
Inilah erti penghormatan untuk hari ini.




Oleh,
Kalidas,
Aktor drama India.




Puisi buat pembaca....
Salam Mujahadah(^_^)......



 

Nasihat Mereka....

ALLAH SWT ada berfirman mafhumnya :

"Demi Masa.
Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian.
Kecuali orang-orang yang beriman & mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran & saling menasihati untuk kesabaran."

(Surah Al'Asr)

Di sini ingin saya kongsikan buat pembaca-pembaca sekalianagar ia menjadi azimat yang berguna buat kita.....

Robert Louis STevenson  ada menulis:
" Setiap orang mampu untuk melakukan pekerjaannya sepanjang hari sesukar apa pun pekerjaan itu, & setiap orang mampu untuk untuk hidup bahagia sepanjang hari hingga matahari tenggelam. Inilah yang dimaksudkan dengan hidup bahagia."


Stephen Leacock pernah berkata yang bermaksud:
"Anak kecil mengatakan , ketika aku menjadi remaja nanti , sedangkan yang remaja mengatakan , ketika aku menjadi seorang dewasa, nanti ketika aku menjadi dewasa aku akan kahwin. Namun apa yang terjadi setelah pernikahannya ? Lalu apa yang terjadi setelah semua fasa itu melewati? Fikiran-fikiran yang pernah ada itu pun berubah. (Fikiran-fikiran itu selalu mengikuti apa yang akan terjadi nanti.) Misalnya : Nanti ketika sudah pencen . Ketika sudah benar-benar tua , ia melihat kebelakang , ia pun "diserang angin yang sangat dingin . Dia telah kehilangan kehidupannya yang telah lalu  tanpa merasakannya walau hanya sedetik. Kita baru mahu belajar , ketika kesempatan yang pernah ada itu sudah lepas, bahawa kehidupan itu harus dirasakan dalam setiap detik , setiap zaman dari kehidupan kita sekarang."



Seorang Ulama Salaf ada mengingatkan :
" Saya mengingatkan mu tentang perkataan 'akan...' sebab kata itu sudah banyak mencegah terjadinya kebaikan & menunda dilakukannya perbaikan."

"Biarkanlah mereka (di dunia ini ) makan & bersenang-senang & dilalaikan oleh angan-angan (kosong) , maka kelak mereka akan mengetahui (akibat perbuatan mereka) ."
(Surah Al Hijr : 3)


Semoga nasihat-nasihat ini umpama permata yang akan kita jadikan perhiasan dalam kehidupan.....
Salam Mujahadah (^_^).....

Perkongsian Ilmu...

Renungan buat saya dan saudara-saudara saya yang amat aku kasihi kerana ALLAH.

Solat adalah amat penting dan perlu dijaga... Kita juga ada diingatkan bahawa perkara pertama yang akan dihisab kelak adalah SOLAT....

Nabi Muhamad SAW ada bersabda mafhumnya:
"Solatlah , seakan-akan solat yang anda kerjakan itu solat yang terakhir kali."


Ingin saya kongsikan tentang bahana meninggalkan SOLAT :


Solat Subuh- Dicampakkan ke dalam neraka.

Solat Zohor- Dosanya seperti membunuh 1000 orang Islam.

Solat Asar- Dosanya seperti meruntuhkan Ka'bah.

Solat Maghrib-Dosanya seperti berzina dengan ibunya(jika lelaki) , dan dengan bapanya (jika perempuan).

Solat Isyak- ALLAH tidak akan redha akan hidupnya.



Semoga menjadi renungan buat semua.... Peringatan buat saya juga....


Salam Mujahadah.(^_^)....

Renungan Buat ku...

Dalam melayari ranjau mencari keredhaan ALLAH ,
Jihad menuntut ilmu aku terpanggil...
Semakin ku dalami ilmu MU , semakin terpanggil aku akan CINTA MU ,
Berlutut aku mengharap KASIH AGUNG daripda ALLAH & RasulNYA,
Ku bekali diri dengan IMAN, ILMU & AMAL menyusuri jalan menuju CINTA ...


Dalam kemanisan menuntut ilmu , mencari lagi harta berharga,
Dalam detik itu CINTA TERTIGGI dapt aku rasakan kehampirannya,
Ku bajai lagi Ilmu ini dengan ISTIQOMAH ,agar jemu tidak mematikan aku dalam pelayaran menuju CINTA HAKIKI ,
Disirami dengan AIR KETAQWAAN agar tidak ku haus akan CINTANYA,
Agar dapat ku kecapi kebahagiaan dunia wal akhiro...
Bersama usroh dan saudara yang aku kasihi...


Dalm pendakian ku ini,
aku diuji olehNYA....
ujian untuk memilih antara CINTANYA atau cinta duniawi tiara pertama ku...
Ku gagahi diri agar tidak tergelincir jauh dari KASIH-KASIH AGUNG...


Aku manusia biasa,
ada juga mehna yang tidak mampu ku lukiskan mulanya dengan lukisan yang indah...
Linangan air mata aku di dalamnya....menginsafi apa yang aku coretkan buat ku...
Hati ku gersang...
ALLAH kirimkan aku sahabat,
beringat dalm semua perkara, agar tidak bertambah parah karatnya Qolbu...
Janji ALLAH ku tatapi:
" Sesungguhnya dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenang..."


Aku tempuhi semuanya dengan kegagahan hati insan pengemis,
Kegigihan agar dapat aku coretkan semula kisah perjalanan ku menyusuri cinta dunia yang membawa ku ke arah mencari CINTA HAKIKI....
menginsafi aku dalam tangisan , mengharap ALLAH memberi aku peluang menggapai CINTANYA & Rasul Tercinta yang sebenar....

Aku pasti ada hikmah atas apa yang berlaku....

Agar raja di hatiku bertakhta

CINTA ALLAH & RasulNYA
Cintaku pada ibubapa ,keluarga , guru-guru, saudara semuslim...

Sebelum bertandang cinta lain buatku...

" Ya ALLAH,
Sekiranya hamba jatuh cinta ,
sedarkanlah hamba akan cinta MU Yang Lebih Besar,
& peliharalah hati hamba MU ini dari berpaut lagi kepada insan
yang bukan ENGKAU tentukan untuk hamba.Bantulah hamba MU ini ya ALLAH...."

-sekadar perkongsiaan buat pembaca agar memberi manfaat kepada semua- 
Salam Mujahadah....(^_^)

Nasihat Berharga.....

Nasihat Luqman Al Hakim :


"Hai anak ku,
Sesungguhnya dunia ini bagaikan LAUTAN YANG DALAM & BANYAK MANUSIA YANG KARAM DI DALAMNYA. Bila engkau ingin selamat , agar TIDAK KARAM, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama TAKWA, isinya ialah IMAN  & layarnya ialah TAWAKKAL KEPADA ALLAH...."

semga nasihat ini menjadi bekalan yang berguna buat kita semua....(^_^)
Salm Mujahadah.... 

Pedoman dan pengajaran

Ingin saya kongsikan sebuah cerita agar menjadi pedoman dalam kehidupan,lebih2 lagi dalam menuntut ilmu.
Seorang penceramah, Fauzi(bukan nama sebenar) telah mencitakan dalam majlis ilmu yang lalu, ia perihal rakan seperjuangannya, Fawaz (bukan nama sebenar) yang bersama-sama menuntut ilmu di seberang. Mereka menghadapi pelbagai mehna & tribulasi sebelum dapat menuntut ilmu di sana. Dengan keazaman yang kuat mereka dapat menempuhinya. Mereka menuntut ilmu tanpa rasa jemu. Setiap detik diisi dengan perkara ilmuan agar tidak terisi detik dengan pekara "lagho". Mereka saling bantu-membantu dalam setiap perkara. Hadis Nabi SAW:

مثل الموءمنين في توادهم وتراحمهم وتعاطفهم كمثل الجسد ادا اشتكى منه عضو تداعى له ساءرالجسد بالسهر و الحمى

Mafhumnya yang bermaksud:
"Perumpamaan orang mu'min adalah seperti tubuh badan. Apabila salah satu daripada anggota badan merintih kesakitan , semua anggota lain akan turut sama berjaga dan demam."
(H.R. Bukhari & Muslim.)
 Pada suatu pagi ,dalam keheningan subuh penceramah terlihat disudut kesamaran sinaran rembulan seseorang terbaring di tepi tangga masjid. Apabila dilihatnya orang yang terbaring itu adalah sahabatnya,Fawaz, kepalanya berlumuran darah.

Fawaz dikejarkan ke hospital yang berhampiran. Sepanjang perjalanan Fauzi membacakan Yassin di sisi sahabatnya. Apabila tiba di hospital,Fawaz menghembuskan nafas terakhir. Pihak hospital mengesahkan kematian berpunca oleh hentakan yang kuat di bahagian  akibat terjatuh. Tidak ada yang termampu untuk Fauzi lafazkan ketika itu. Sahabat yang amat dikasihinya kerana ALLAH, yang banyak membantu, terlebih dahulu dijemput ILAHI. "Ada hikmah atas apa yang berlaku" ditanam di dalam hati.

Pihak hospital ingin melakukan bedah siasat ke atas mayat. Namun, perkara itu tidak dipersetujui oleh sahabatnya atas dasar agama melarang untuk menyeksa jenazah. Perkara tersebut perlu diselesaikan dan mengambil masa beberapa hari. Alhamdulillah, perkara tersebut dapat diselesaikan. Jenazah tidak perlu dibedah siasat. Jenazah perlu diperiksa sebelum dibawah pulang ke tanah air. Pemeriksaan di lakukan dengan berhati-hati. Pegawai pemeriksa amat terkejut apabila dilihatnya jenazah tersebut kelihatan amat berseri wajahnya. Lalu bertanya kepada Fauzi dan sahabat yang lain, " Apakah yang telah kamu lakukan ke atas jenazah ini?" . Mereka semua kehairanan atas persoalan tersebut lalu melangkah untuk melihat sendiri apa yang telah berlaku ke atas jenazah. Fauzi memperbanyakkan Istighfar dan memohon agar tidak berlaku perkara yang aib ke atas jenazah. "Subahan ALLAH" kalimah yang terucap dari bibirnya. Jenazah kelihatan berseri-seri umpama pengantin. Mereka yang berada disana menyaksikan Kebesaran ALLAH keatas jenazah tersebut.

Keluarga almarhum telah dimaklumkan tentang khabar jemputan ILAHI itu. Mereka hiba mendengar khabar tersebut, namun dikuatkan semangat dengan kalimah "pasti ada hikmah didebalik semua ini." Lafaz "Lahaula wa la quwata illa billa hil 'aliyul 'azim" membri keinsafan kepada yang lain.  Beberapa hari sebelum jenazah tiba ke rumah, keluarga almarhum telah tercium wangi bak kasturi di biliknya. Perkara berlanjutan sehingga jenazah selamat dikebumikan. Sepanjang perjalanan menuju ke tanah perkuburan , jenazah diiringi dengan wangian kasturi yang tidak tahu dari mana datangnya. Semua hadirin menyaksikan KeagungnganNYA atas apa yang trjadi kapada jenazah.

Fauzi dan sahabat yang lain mengerti atas apa yang berlaku adalah janji ALLAH syahid bagi hambaNYA yang menuntut ilmu kerana inginkan Keredhaan ALLAH.

Niat yang ikhlas kerana ALLAH dan kesungguhan dalam mencari ilmu telah membawa hambaNYA ini ke Syurga...

(olahan drpd stu kish benr )

Semoga apa yang dikongsikan memberi manfaat kepada semua...Salam mujahadah.(^_^)

Wednesday 16 March 2011

Best Tuntut Ilmu...

Nabi Muhd SAW bersabda, mafhumnya :
 
من سلك طريقا يبتغي فيه علما سهل الله له طريقا الى الجنة

Siapa yang melalui suatu jalan kerana mencari ilmu pengetahuan , ALLAH akan memudahkan kepadanya jalan ke syurga.  

(H.R. At-Tarmizi)

subhan ALLAH, hebatnya tuntut ilmu kerana DIA(^_^)....Dalam masa yang sama kita perlu ambil kira "nawaitu" yang tulus kerana ALLAH...Salam Mujahadah...