Tuesday 19 April 2011

Resepi Cemerlang Peperiksaan

°°°السلام عليكم ورحمة اللة °°°

Alhamdulillah dikesempatan ini saya diizinkan utk mengotakan janji di perkongsian yang lalu dan kepada junior2/adik2 yg minta agr berkngsi kpd mrka.
Pada kali ini saya selitkan sedikit oleh-oleh berguna buat semua pembaca.
Seorang senior ada mengingatkan saya bahawa berkongsi sesuatu resepi atau petua itu satu sedekah...
Dan dalam masa yang sama kita boleh menuntut ilmu/ bertambah ilmu.(^_^)


oleh itu, ingin saya kongsikan tentang,

بسم الله الرحمن الرحىم
RESEPI CEMERLANG PEPERIKSAAN

1)Niat

Niat memainkan peranan yang penting dalam semua pekara, begitu juga belajar dan mencari kejayaan. Rasulullah SAW ada menekankan kepentingan niat yang brtul dalam hadith Baginda. Salah satu syarat penerimaan amalan juga adalah niat, disamping cara yang betul di sisi syara' (agama).
-Betulkan niat semata-mata kerana ALLAH SWT. Dalam masa yang sama juga kita perlu sentiasa memperbaiki niat kerana mungkin kekadang niat kita pandai berubah (manusia xda yang sempurna, & dari ketidaksempurnaan itu DIA wujudkan dalam diri kelebihan yang tidak kita ketahui).
-Kita cuba betulkan niat pada awal,tengah dan akhir.  Kerana mungkin pada awalnya kita berjaya meneguhkan niat yang ikhlas kerana ALLAH SWT , dikhuatiri tengah atau hujungnya diuji dengan duniawi. Dan begitu juga sebaliknya. Na'udzubillah.
-Dan kita juga inginkan bukan sahaja dunia malahan akhirat juga. Tidaklah kita ingin jika memeperolehi analoginya jika peperiksaan kita mendapat 100% tetapi hanya 50/40/20% di akhirat kelak. Dan amat menyedihkan sekiranya 0% di akhirat kelak. ALLAH Huakhbar,mudah-mudahan dijauhi. Nau'zubillah mizalik.
- Tidak disangkal mungkin kekadang kita berasa letih , putus asa, bosan atau lain2 lagi apabila menuntut ilmu. Dalam hal ini kita perlu 'check' semula niat kita, mungkin ada yang perlu diperbetulkan .
(Ingin saya kongsikan pengalaman saya sendiri. Dalam beberapa bulan sebelum peperiksaan awam akan saya duduki, saya berasa amat 'tension'& 'stress'. dan kekadang juga tiba rasa letih serta putus asa dalam usaha menuntut ilmu. saya cuba untuk memuhasabah diri semula, merenung jauh tentang diri. Baharu saya tersedar , niat dalam menuntut ilmu sedikit tersasar. Alhamdulillah DIA masih mengizinkan saya untuk memperbetulkan kesalahan. Saya perbetulkan semula niat menuntut ilmu, alhamdulillah selepas itu perasaan sedemikian tidak pernah hadir sehingga saya berjya menduduki peperiksaan. Moral daripada kisah saya, niat adalah penting dalam seemua perkara. sekiranya kekadang kita terasa amat berat untuk melaksanakan tanggungjawab / melakukan sesuatu perkara/   menjalankan kewajipan, cuba kita muhasabah diri, merenung semula niat, mungkin ada yang perlu diperbaiki.)
-Mudah2an mrncari keredhaan ALLAH SWT matlamat/tujuan utama kita dalam semua perkara dan dalam kehidupan seharian kita.
-Agar kita peroleh kejayaan bukan sahaja di dunia malahan juga di akhirat kelak.(^_^)... Wallahualam.



 






2) Cara Belajar

-Terlebih dahulu, ingin saya kongsikan sesuatu yang turut boleh diamalkan oleh pembaca semua.
Membaca Asmaul-Husna setiap pagi sebelum kelas bermula banyak memeberi manfaat kepada kita.
Begitu juga dengan membaca doa setiap kali sebelum belajar ,kerana ia juga adalah salah satu adab menuntut ilmu. Seperti doa Penerang Hati ( diselitkan juga Surah Al-Insyirah) dan doa Agar Tidak Lupa.(Jika mempunyai Buku  Senjata Penuntut Ilmu, SPI, boleh rujuk dalam buku tersebut.)
Molek juga dimulakan doa dengan Al-Fatiha,Ayat Kursi dan Ayat Seribu Dinar.



Alhamdulillah, guru sering berkongsi kepada kami setiap kali perhimpunan pagi sekolah tercinta, S.M.K (A) Tun Said,Kota Belud,agar kami mengamalkan SATU...Masih terngiang-ngiang rasanya suara guru mengingatkan kepada kami "SATU?,ramai2 kami mjwap 'Sedia Awal,Tumpuan,Ulang kaji'."(ALLAH, rindu pula pada sekolah,guru2 semua baik,byk membantu kami..SYUKRAN JAZILAN YA MU'ALIM WAL MU'ALIMAT...THANK YOU TEACHERS...TERIMA KASIH CIKGU ...)


SEDIA AWAL
-Belajar awal2 bab yang cikgu akan ajar. Jika tidak mampu,cuba belajar awal sub-topic yang bakal diajar. Belajar sehingga faham. Membuat sedikit peta minda/nota turut membantu kita agar mudah memahami apa yang kita pelajari.Selain itu boleh  juga buat sedikit latihan, lebih2 lagi subjek pengiraan. Bagi subjek pengiraan juga nota ringkas/peta minda amat membantu.Lebih2 lagi mudah dibaca sebelum peperiksaan/ujian.(Agar kita tidak sagut dan tension, maaf sedikit bahasa rojak saya gunakan =)..) Satu perkara lagi, apabila ada yang kita tidak faham,terus tanya cikgu. Jangan biarkan berlambak dahulu persoalan baru bertanya, nanti bertambah tension.=) Tanya sahaja, tidak perlu malu.(Malu bertanya sesat jalan)

- Sebelum kelas kita telah bersedia dan faham apa yang guru akan ajar pada masa itu. Ia akan lebih memudahkan kita.

-Namun perlu diingati, dalam masa yang sama jika ada bab atau bahagian yang sebelumnya yang kita belum fahami, jangan diabaikan dan perlu cepat difahami. Kerana kita tidak ingin " Yang dikejar tak dapat, yang digendong berciciran".(=

-Selain itu Sedia Awal juga adalah salah satu rahsia kejayaan salah seorang pelajar terbaik SPM Malaysia suatu masa dahulu, Azali Azlan.




TUMPUAN
-Tumpuan amat perlu ketika guru mengajar. Bersembang atau berbual kosong perlu dijauhi agar kita dapat fokus ketika guru menerang di hadapan. Selain  itu ia juga bagi mengelak agar guru tidak terasa/sakit hati disebabkan perbuatan kita. Nauzubillah. (Kita perlu ingat,KEBERKATAN ILMU perlu dijaga.)

- Konsep JIHAD/sungguh2 boleh kita guna dalam aspek ini. Maksud saya di sini apabila belajar, kita belajar sungguh2/betul2.Apabila ibadah, kita ibadah sungguh2/betul2.Dan apabila riadah kita riadah sungguh2/betul2 begitu juga dengan yang lain=). Dapat kita simpulkan disini, bahawa dalam semua perkara kita perlukan JIHAD iaitu KESUNGGUHAN , agar kita mendapat apa yang kita inginkan.( Namun, perlu diingati sekiranya kita telah pun bersungguh-sungguh dalam sesuatu perkara itu namun kita tidak memperolehnya, mungkin ALLAH SWT tidak mengizinkannya atas sebab sesuatu ,wallahualam. DIA lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita(^_^)....)

- Tumpuan amat perlu agar kita mampu memahami sesuatu yang kita pelajari. Begitu juga dalam melakukan sesuatu pekerjaan.






ULANG KAJI

-Latihan selapas kelas adalah amat penting bagi menguji kefahaman kita tentang sesuatu bab baru yang kita pelajari. Paling kurang kita perlu siapkan homework/latihan yang guru beri. Disamping memberi kefahaman kepada kita, ia juga dapat mengelakkan kita agar tidak berlambak kerja sekolah yang belum disiapkan.( Bertangguh untuk menyiapkan kerja sekolah yang diberi perlu dielakkan sangat2, kerana ia hanya akan memberi kesan negatif kepada kita. Menyiapkan kerja sekolah pada hari yang diberi adalah amat digalakkan, ia amat memberi natijah yang baik kepada kita. Selain itu, menyiapkan kerja sekolah 'last minute/ at the eleventh hour' hanya akan memberi tekanan kepada kita. Begitu juga persiapan untuk menghadapi peperiksaan, perlu awal disediakan. )

- Membaca semula nota yang telah dibuat sebelum kelas juga turut membantu kita memhami pelajaran baru yang kita pelajari. Khususnya bagi subjek2 bacaan.

-Nota/Peta Minda dan latihan adalah amat perlu bagi aspek ini.

Tambahan,
- Dalam masa yang sama juga belajar ikut 'mood' juga amat bagus. Namun perlu diingat, pastikan 'mood' belajar dan ingin menuntut ilmu dan ingin mengetahui benda baru itu sentiasa ADA. Perlu sentiasa disuburkan dengan baja DOA & JIHAD/SUNGGUH2 agar pokoknya tidak layu, sehingga boleh membinasa diri.

-Minat dan suka kepada sesuatu subjek itu juga perlu agar memberi banyak manfaat kepada kita yang menuntut ilmu. Istilah ' TAK SUKA SUBJEK NI' adalah tidak perlu ada dalam diri pelajar. Sewajarnya istilah itu tidak muncul dalam diri kita. Ini kerana, tidak ada sebab untuk kita memperlakukan sedemikian rupa. Fikir2 kan (^_^)...
Selain itu, perlu juga diimbangi setiap subjek yang dipelajari. Semua perlu dibahagi masa sama rata, dan perlu lebih tumpan kepada subjek yang kita lemah. Ia sama seperti kita melayan anak perlu kita beri perhatian sama rata, jika ada anak yang sakit maka si ibu dan si ayah perlu memberikan sedikit perhatian kepadanya. Kadang2 ibu bapa perlu berkorban untuk anaknya     (amat besar jasa AYAH & IBU ). Begitulah juga dengan belajar , sekiranya ada subjek yang kita lemah, maka kita perlu beri perhatian serius kepadanya.
Seperti, menetapkan setiap hari kita perlu belajar subjek yang kita lemah. Setkan masanya. Agar masaalah yang kita hadapi mampu kita selesaikan. InsyaALLAH.

-Jadual belajar juga boleh membantu kita menguruskan masa dengan lebih sistematik.


3) Amalan Rohaniah

Amalan fardhu adalah seperti sedia maklum. Kewajipan adalah perlu diutamakan. Kita perlu menjaga hubungan kita dengan ALLAH SWT & hubungan dengan manusia, hablu min nallah hablu min nannas. Mengingati ALLAH SWT setiap waktu adalah perlu kerana ia adalah salah satu kewajipan kita.




 Amalan fardhu adalah paling utama berbanding amalan sunnat , maka sekiranya kita lebih mengutamakan amalan sunat berbanding amalan fardhu ia boleh jatuh hukum haram.  Oleh itu , kita perlu elakkan dari berbuat demikian untuk kemaslahatan bersama.& kita juga perlu menjaga kesempurnaan amalan fardhu. Seperti menjaga kekhusyukan ketika solat & banyak lagi. Banyak manfaat mampu diperoleh jika kita khusyuk dalam solat. Jika tidak mampu kita boleh mencuba & terus berusaha mendapatkannya.




Selain itu, terdapat juga amalan sunat yang ada diajar dalam agama. Ia bertujuan bagi menyokong & menyempurnakan amalan fardhu yang kita lakukan.
Dalam semua perkara ini , niat yang ikhlas hanya kerana ALLAH SWT perlu dititikberatkan . Agar apa yang kita lakukan bersandar hanya kepada-NYA, dilakukan hanya kerana ALLAH SWT. Lillahi Ta'ala...

Terdapat banyak amalan nafilah atau pun sunat yang boleh kita amalkan yang bertujuan untuk menyempurnakan amalan-amalan fardhu.

-Qiammulail.
Qiammulail  adalah bangun pada waktu malam, iaitu melakukan amalan soleh untuk mendekatkan diri kepada ALLAH SWT.Dalam hal ini Qiammulail adalah amalan sunat yang dituntut atau yang utama selepas amalan Fardhu.

Rasulullah SAW ada ditanya , '' Solat apakah yang paliln utama selepas solat 5 waktu?''
Baginda menjawap dengan tegas ,mafhumnya, '' Solat Malam!.''
(H. R. Muslim)

Terdapat beberapa manfaat Qiammulail antaranya,
ALLAH SWT berfirman mafhumnya,
"Sesungguhnya sembahyang & ibadah malam itu lebih kuat kesanya kepada jiwa & lebih betul bacaannya."
(Surah Al-Muzammil, ayat 6.)

Dilaporkan oleh Rubai'ah bin Waqash, Rasulullah SAW bersabda , mafhumnya:
" Ada 3 keadaan di mana doa pasti dikabulkan. Pertama, apabila seseorang mengerjakan solat di suatu tempat dengan hanya ALLAH SWT melihatnya. Kedua, apabila seseorang yang bersama rombongan & ditinggalkan kawan-kawannya , namun dia tetap tidak pergi. Ketiga, sewaktu seseorang Qiammulail pada akhir malam."

Salman Al Farsi menceritakan, Rasulullah SAW bersabda , mafhumnya,:
"Kerjakanlah solat malam, kerana itu adalah kebiasaan orang soleh sebelum kamu, jalan mendekatkan diri kepada Tuhan, penebus kesalahan serta penghindar penyakit."

Jika dari sudut kajian sains pula, waktu sepertiga malam ( bermula daripada kira-kira jam 2 pagi) adalah waktu di mana kandungan oksigen paling banyak di muka bumi berbanding waktu-waktu yang lain. Kandungan oksigen ini mampu menyegarkan otak dan amat baik jika dimanfaatkan, seperti mengulangkaji pelajaran selepas qiammulail.

-Banyakkan Berdoa.
Doa adalah senjata umat Islam. Ia juga satu ibadah.
ALLAH SWT ada berfirman, mafhumnya,
"...berdoalah kamu kepada-KU , nescaya akan AKU perkenankan bagimu..."
(Al- Mu'minun:60)
Banyakkan solat hajat juga banyak membantu kita dalam semua perkara. Ia seperti apa yang ALLAH SWT firmankan dalam kitabullah di atas. Ia amt bermanfaat kita amalkan dalam semua perkara & pada bila-bila masa pun jua.



-Solat Sunat Dhuha.
Solat sunat Dhuha adalah solat sunat yang dilakukan beberapa minit selepas terbit matahari. (anggaran lebih kurang dari jam 8-10 adalah waktu Dhuha).
 Antara fadhilat solat sunat ini ,
"Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki & menjauhkan kemiskinan ,& tidak ada orang yang memelihara solat kecuali orang yang bertaubat."
(H. R. At-Tirmizi)

-Solat Sunat Istikharah.
Dengan solat sunat istikharah kita mampu memohon agar ALLAH SWT memberi petunjuk &  hidayah kepada kita untuk membuat sesuatu  pilihan yang terbaik buat kita dunia akhirat, insyaALLAH. Memohon pada ALLAH agar diberi petunjuk untuk memilih jawapan yang betul ketika menjawap peperiksaan juga amat baik bila diamalkan, agar kita mampu memilih jawapan yang betul ketika menjawap paperiksaan.
(Sebelum keputusan peperiksaan SPM diumumkan saya sering didatangi mimpi bahawa saya mendapat keputusan 10A dalam SPM. Mimpi tersebut juga pernah hadir ketika awal tahun peperiksaan. Mungkin ini adalah salah satu  kelebihan mengamalkan solat sunat ini. Namun,  saya cuba agar tidak over confident dengan mimpi itu kerana risau jika ia ujian dari ALLAH SWT. Wallahualam.)

-Puasa Sunat.
Puasa sunat hari Isnin & Khamis adalah salah satu contoh puasa sunat yang baik untuk diamalkan. Puasa adalah amat bermanfaat kepada kita , kerana itulah Islam mensyariatkan Puasa sebulan setahun.
Perintah puasa  pada bulan Ramadhan ,
ALLAH SWT berfirman, mafhumnya,
"Wahai orang-orang beriman, diwajibkan ke atas mu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas mereka yang sebelum mu. Semoga kamu bertakwa."
(Al-Baqarah:183)

Antara khasiat puasa,-4  & throxine-3  dilakukan sebelum Ramadhan & pada hari ke10 , ke20 & ke29 Ramadhan.
Di  Universiti Sains Perubatan Tehran, DR.  F. Azizi & rakan-rakaaannya membuat kajian ke atas 9 orang  lelaki yang berpuasa Ramadhan.  Pemeriksaan darah bagi mengukur kadar  glucose, bilirubin, calcium, phosphorus, protein, albumin, follicle stimulating  hormone, thyroid stimulating hormone, testosterone, prolactin, luteinising hormone, throxine-4  & throxine-3  dilakukan sebelum Ramadhan & pada hari ke10 , ke20 & ke29 Ramadhan.
    Di samping itu, berat badan mereka juga ditimbang. Ujian-ujian ini menunjukkan puasa menurunkan paras gula dalam darah ke tahap yang rendah tanpa mendatangkan sebarang kemudharatan. Kadar kolestrol yang memudharatkan iaitu kolestrol LDL (Low Density Lipoprotein) menurun & sebaliknya kolestrol baik iaitu kolestrol HDL (High Density Lipoprotein) meningkat.
Paras lemak di dalam darah secara umumnya juga menurun. Kajian-kajian ini menunjukkan , puasa pada bulan Ramadhan tidak memudharatkan kesihatan . Malah sebaliknya ia memberi kesan yang baik kepada metabolisme badan sekali gus mencegah serangan pelbagai penyakit terutamanya yang berkaitan dengan lebihan gula & lemak. Hal ini juga ada disebut di dalam Islamic Perspectives in Medicine oleh DR. Shahid Athar , terbitan  American Trust Publication, Indianapolis.

Menurut Dr. Lonny J. Brown (Ph.D) dalam Adventures in Therapeutic Fasting , "Amalan yang biasa dilakukan dalam masyarakat hari ini adalah apabila seseorang menghidap penyakit , dia akan mengambil ubat bagi meredakan penyakitnya. Sudah tiba masanya  bagi kita mengamalkan sesuatu yang berbeza iaitu mengamalkan puasa ketika sakit. Sebenarnya puasa adalah penawar. Ia merangsang beberapa perubahan yang melibatkan metabolisme badan & perubahan ini membantu ke arah pembersihan & pembaikan dalam badan.Semasa berpuasa organ-organ dapat berehat & kerehatan ini membantu badan membuang segala kotoran serta toksin di samping menyegarkan sel-sel...."

Dengan kesegaran ini ia juga mampu untuk memudahkan kita memahami pelajaran yang dipelajari. Namun, perlu diingatkan agar kita melakukan puasa sunat itu menurut kemampuan, agar ia tidak mendatangkan kemudharatan kepada kita.

Dalam sebuah jurnal perubatan berprestij ,  The Lancet , ada dinyatakan, " Puasa selagi mana tidak menyebabkan kelemahan badan yang bersangatan adalah tidak memudharatkan...."

-Menghafal Al Quran & Al Hadis.
Dengan menghafal, ia mampu menajamkan minda. Ia terbukti dari sudut Islam & Sains.

-Surah Yassin.
Yassin diumpamakan jantung Al-Quran. Dengan mengamalkannya ia  mampu untuk memudahkan kita dalam pembelajaran.

Mengamalkan membaca Surah Yassin setiap malam.
(Seorang senior telah memberitahu saya bahawa membaca yassin setiap malam mampu memudahkannya memahami pelajaran. Pekara itu cuba saya amalkan, alhamdulillah, sama seperti yang senior itu katakan. Perkara tersebut juga ada dinyatakan oleh beberapa orang pelajar & junior saya yang mengamalkannya. Wallahualam.)
Selain itu, ia juga baik untuk diamal ketika permulaan pagi (selepas Solat Subuh).
(Seorang penceramah ada memberitahu kami agar mengamalkan membaca Surah Yassin pada permulaan pagi kerana banyak kelebihannya. Pelajar-pelajar di sekolah beliau juga mengamalkannya, & itu merupakan salah satu rahsia kecemerlangan pelajar-pelajar di sana. Wallahualam.)


-Al Ma'thurat.
Terdapat banyak fadhilat mengamalakan Al ma'thurat pagi & petang.

-Banyakkan berbaik sangka (Husnu Zon)
Dengan berbaik sangka ia mampu menjadikan kita seorang yang berfikiran positif. Husnu Zon  perlu kepada semua orang & perkara. Paling utama adalah Husnu Zon terhadap ALLAH SWT.



4)Hablu minannas  (Hubungan dengan manusia)

-Hubungan dengan ibubapa.
Nabi Muhammad SAW ada bersabda, mafhumnya
" Redha ALLAH terletak pada redha ibubapa."

Sebagai anak telah menjadi kewajipan kita mentaati ibubapa dalam semua perkara KECUALI yang BERTENTANGAN dengan SYARIAT ISLAM
Daripada Abdullah Bin Amr ra, mafhumnya :
Berkata seseorang kepada Nabi SAW: " Aku ingin berjuang bersamamu di medan perang."
Sabda Baginda, :" Adakah kamu  mempunyai kedua ibubapa?"
Jawapnya,:"ya.''
Sabda Baginda lagi,:"Kalau begitu maka berjuanglah & berjihad untuk berbakti kepada keduanya."
(H.R. Bukhari)

Kita juga perlu menjaga perasaan mereka & menghormati mereka.

( Banyak perkara yang saya cuba lakukan bagi menjaga perasaan mereka & tidak menyusahkan mereka. Saya cuba  menggunakan wang simpanan duit belanja yang diberi untuk membayar sesuatu apabila diminta oleh guru atau membeli kismis & lain-lain sebelum meminta duit kepada mereka. Saya setkan dalam minda agar berjimat cermat & cuba untuk tidak menyusahkan mereka. Selagi saya mampu untuk tidak minta wang kepada mereka saya akan menggunakan wang simpanan duit belanja yang diberi untuk membayar buku, beli kismis, madu & lain-lain. Selalu menelefon mereka sekiranya tinggal asrama bagi menanyakan khabar & lain-lain serta mereka mendoakan kita memperoleh kejayaan dalam semua perkara.)
Kesimpulannya,kita cuba untuk tidak menyusahkan ibubapa dalam semua perkara & pada bila-bila masa. Mereka telah banyak berkorban untuk kita.... Mudah-mudahan dengan kejayaan yang kita perolehi mampu mengukir senyuman & menggembirakan serta membahagiakan mereka. Cerdik pandai ada berkata," Kejayaan adalah hadiah bermakna kepada ibubapa." Kejayaan dalam semua perkara, kejayaan dunia akhirat.


-Hubungan dengan guru-guru.
Guru juga adalah insan yang amat bejasa kepada kita. Tanpamu guru, siapalah kami ayat yang perlu kita sematkan juga dalam minda.
^ Hormati guru.
^Cuba menjaga perasaan & hati guru.
^Sekiranya ada kesalahan yang kita lakukan pada guru, cepat-cepat minta maaf pada     mereka.
^Jangan mengumpat guru. Ia perbutan yang perlu dielakkan.

Kita perlu ingat tentang keberkatan ilmu yang kita pelajari juga perlu dijaga.Guru merupakan medium penyampai ilmu ALLAH SWT kepada kita. Selain itu, kita juga perlu menjaga keberkatan ilmu seperti tidak membiarkan buku bersepah di lantai, memijak buku/ilmu, & lain-lain.

-Menjaga juga hubungan dengan kawan-kawan & orang sekeliling.

* Sayangilah Ibubapa, Guru-guru , kawan-kawan & semua di sekeliling kita. Mereka insan-insan bermakna.(^_^)...Jangan biarkan masa berlalu sehingga kita menyesali atas apa yang telah pergi.                        


5)Pemakanan

-Memastikan makanan & minuman adalah daripada sumber yang halal adalah amat penting.

-Banyakkan makan kurma, madu & kismis.

-Banyakkan minum air putih. Air putih mampu refresh otak kita setelah penat belajar. Serta membuatkan kita tidak mengantuk. Selain itu, kandungan oksigen yang tinggi dalam air mampu memudahkann kita memahami & menerima pelajaran.Adalah amat perlu setiap kita menyediakan air putih sebelum belajar. Serta membawa air ketika ke kelas agar kita segar untuk belajar. Air yang telah dibaca ayat-ayat suci Al Quran adalah amat baik untuk minda, seperti air yassin & lain-lain lagi.

-Elakkan memakan organ dalaman, semut & banyak lagi.

-Kurangkan pengambilan makanan ringan, mee segera, minuman bergas & lain-lain lagi makanan yang tidak baik untuk otak.


6)Tambahan

-Belajar sungguh-sungguh...

-Banyakkan bertanya...Mesti bertnya...Jangan lambakkan pertanyaan, supaya tidak membebankan diri...Jangan malu..Malu bertanya, sesat jalan...
(ALLAH saja tahu betapa malunya bila masuk ke bilik guru, tapi saya kena kuat, tidak boleh malu,sebab kita buat benda yang betul...Alhamdulillah akhirnya ALLAH membalas segalanya. Thank u ALLAH.)

-Banyakkan bertawakkal kepada ALLAH SWT kerana DIA tahu apa yang terbaik buat kita. Cuba pegang prinsip " Apa saja yang ALLAH SWT beri kepada saya itu adalah yang terbaik buat saya, kerana DIA tahu yang tidak kita ketahui,"




* Yang dilihat & diukur ALLAH SWT adalah dari pelbagai sudut. Tapi yang diharap sejauh mana TAWAKKAL, PERCAYA nan jitu, pergantungan mu pada-NYA...
Dan tapi tidak bermakna tidak perlu BERUSAHA...
USAHALAH semampu mu, tapi jangan BERAKIDAH bahawa banyak usaha mu PENENTU KEJAYAAN.BERIMAN  lah bahawa TAWAKKAL mu itu sebenrnya  hanya semata-mata pada-NYA...
Kerana kejayaan itu bukan milik sesiapa, tapi KEJAYAAN ITU MILIK ALLAH ...
Jadi seyakinnya hendaklah dikau pohon hanya dari-NYA...



BUAT SEMUA YANG BAKAL MENGHADAPI PEPERIKSAAN...
MA'AN NAJAH FIL DUNYA WAL AKHIRO..






INSYAALLAH BOLEH....!




Sekian sahaja perkongsian saya, maaf dipinta jika ada sebarang kesilapan. Semoga apa yang dikongsikan bermanfaat buat kita semua, di dunia & akhirat. AMIN...

والسلام........

Salam mujahadah(^_^)....

 
 

3 comments:

  1. Padat isinya
    Tahniah ! penulisann yg sangat bagus
    sy tak pernah mimpi apa2 :D

    ReplyDelete
  2. syukran jzilan.... wallahualam.... istikharah ni bgus, insyaALLAH dpt ptunjuk driNYA dlm smua pkra....Boleh try...(^_^)..Pa2 pn, Syukrn jziln....

    ReplyDelete
  3. syukran kak Izan:) sangat bermanfaat.

    ReplyDelete