Sunday 19 June 2011

7 Hari Seminggu.

بسم الله الرحمن الرحيم

Perkongsian Ilmu

Peristiwa Dalam Seminggu
ALLAH SWT  menjadikan masa dalam seminggu terdapat 7 hari iaitu ISNIN , SELASA, RABU, KHAMIS, JUMAAT , SABTU & AHAD. Dalam setiap hari ,terjadi peristiwa-peristiwa penting sepanjang zaman. Ada beberapa peristiwa penting yang terjadi di masa lampau.

- Hari Isnin-
*Naiknya Nabi Idris AS ke langit.
*Nabi Musa AS berangkat ke Bukit Tursina.
*Rasulullah SAW dilahirkan.
*Malaikat Jibril AS turun kepada Rasulullah SAW buat kali pertama.
*Amal umat Nabi Muhammad dilaporkan pada hari Isnin.
*Hari kewafatan Rasulullah SAW.
*Bukti KEESAAN ALLAH SWT diturunkan Surah Al Ikhlas (Qul Huwallahu Ahad)


-Hari Selasa-
*Wafatnya Jurjis.
*Kewafatan Nabi Yahya AS.
*Kewafatan Nabi Zakaria AS.
*Tewasnya tukang-tukang sihir Firaun.
*Kewafatan Asiah (Isteri Firaun).
*Disembelih lembu kaum Bani Israel.
*Terbunuhnya Habil.

-Hari Rabu-
*ALLAH SWT menenggelamkan Qarun bersama keluarga dan harta kekayaannya ke dalam perut Bumi.
*ALLAH SWT menghancurkan Firaun beserta semua tentera-tenteranya.
*ALLAH SWT menghancurkan Raja Namrud  dengan memasukkan nyamuk ke dalam telinganya.
*ALLAH SWT menghancurkan Kaum Nabi Saleh AS.
*ALLAH SWT menghancurkan Kaum Nabi Hud dengan hembusan angin yang kuat.
*Syadad Bin Ad musnah.


-Hari Khamis-

*Nabi Ibrahim AS bertemu dengan Raja Mesir.
*Saudara-saudara Nabi Yusuf AS bertemu dengan Nabi Yusuf AS setelah mereka membuang dan mengaasingkannya.
*Bunyamin saudara kepada Nabi Yusuf AS datang ke negeri Mesir dan berjumpa dengan Nabi Yusuf AS.
*Nabi Ya'kub AS (ayah kepada Nabi Yusuf AS )datang ke negeri Mesir bagi berjumpa dengan Nabi Yusuf AS.
*Nabi Musa AS memasuki negeri Mesir (untuk mengajak Firaun menyembah kepada ALLAH SWT).
*Rasulullah SAW memasuki Kota Mekah (selepas perjanjian Hudaibiyah).


-Hari Jumaat-
*Pernikahan Nabi Adam AS dengan Hawa.
*Hari pernikahan Nabi Yusuf AS dengan Zulaikha.
*Hari pernikahan Nabi Musa AS dengan Shafura' binti Nabi Syuib AS.
*Pernikahan Nabi Sulaiman AS dengan Ratu Balqis (Ratu Negeri Saba').
*Hari pernikahan Rasulullah SAW dengan Khadijah.
*Hari pernikahan Rasulullah SAW dengan Aisyah Binti Abu Bakar.
*Pernikahan Saidina Ali Bin Abi Talib dengan Fatimah Az- Zahra binti Rasulullah SAW.

Di antara 7 hari dalam seminggu, hari Jumaat adalah hari yang paling mulia dan banyak fadhilatnya.
Pada hari Jumaat juga terdapat solat  Jumaat, yang tidak ada pada hari-hari lain.

Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud,mafhumnya:
"Barangsiapa yang pergi menghadiri Solat Jumaat pada masa  pertama (bermula jam 7 pagi) ia seumpama berkorban seekor unta. Barang siapa yang pergi menghadiri Solat Jumaat pada masa ke-2 (bermula jam 8 pagi)ia seperti berkorban seekor lembu. Barang siapa yang pergi menghadiri Solat Jumaat pada masa ke-3 (bermula jam 9 pagi) seperti berkorban seekor kambing (Kibas). Barang siapa yang menghadiri Solat Jumaat pada masa ke-4 (bermula jam 10 pagi) ia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan barang siapa menghadiri solat Jumaat pada masa ke-5 (bermula jam 11 pagi) ia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur. Apabila imam telah naik ke mimbar , Malaikat menutup buku catatan amal dan ikut serta mendengarkan khuthbah. Mmaka barang siapa yang datang ke masjid selepas itu seolah-olah ia hanya datang umtuk solat semata-mata."


-Hari Sabtu-
*Kaum Nabi Nuh AS tidak mengikuti suruhan Nabi Nuh AS.
*Kaum Nabi Saleh AS mencabar nabinya dengan menyembelih unta yang telah diamanahkan kepada mereka.
*Saudara-saudara Nabi Yusuf AS mengkhianati Nabi Yusuf AS dengan mencampakkannya ke dalam perigi.
*Raja Firaun mencabar Nabi Musa AS.
*Orang-orang Yahudi mengkhianati dan mengejar Nabi Isa AS untuk membunuhnya. ALLAH SWT mengangkat Nabi Musa AS ke langit.
*Orang-orang Quraisy menipu dan mencabar Nabi Muhammad SAW di Darun Nadwah.
*Kaum Yahudi melanggar perintah ALLAH SWT dengan pergi menangkap ikan walaupun terdapat larangan berbuat demikian pada hari itu.


-Hari Ahad-
*ALLAH menjadikan Neraka.
*ALLAH SWT menjadikan 7 lapisan Bumi.
*Hari terciptanya 7 lautan.
*ALLAH SWT menjadikan 7 anggota Nabi Adam AS.
*ALLAH SWT menjadikan bilangan hari yang 7.
*ALLAH SWT menjadikan bintang-bintang yang beredar.
>Naiknya Nabi Idris AS ke langit .
> Nabi Musa AS berangkat ke bukit Thursina.
>Rasulullah SAW dilahirkan.
> Malaikat Jibril AS turun kepada Rasulullah SAW buat pertama kalinya.
> Amal perbuatan umat Nabi Muhammad SAW dilaporkan pada hari Isnin.
>Hari kewafatan Rasulullah SAW.
>Bukti Ke ESaan ALLAH SWT (Surah Al-Ikhlas) diturunkan.

1 comment: