Sunday 20 March 2011

Pedoman dan pengajaran

Ingin saya kongsikan sebuah cerita agar menjadi pedoman dalam kehidupan,lebih2 lagi dalam menuntut ilmu.
Seorang penceramah, Fauzi(bukan nama sebenar) telah mencitakan dalam majlis ilmu yang lalu, ia perihal rakan seperjuangannya, Fawaz (bukan nama sebenar) yang bersama-sama menuntut ilmu di seberang. Mereka menghadapi pelbagai mehna & tribulasi sebelum dapat menuntut ilmu di sana. Dengan keazaman yang kuat mereka dapat menempuhinya. Mereka menuntut ilmu tanpa rasa jemu. Setiap detik diisi dengan perkara ilmuan agar tidak terisi detik dengan pekara "lagho". Mereka saling bantu-membantu dalam setiap perkara. Hadis Nabi SAW:

مثل الموءمنين في توادهم وتراحمهم وتعاطفهم كمثل الجسد ادا اشتكى منه عضو تداعى له ساءرالجسد بالسهر و الحمى

Mafhumnya yang bermaksud:
"Perumpamaan orang mu'min adalah seperti tubuh badan. Apabila salah satu daripada anggota badan merintih kesakitan , semua anggota lain akan turut sama berjaga dan demam."
(H.R. Bukhari & Muslim.)
 Pada suatu pagi ,dalam keheningan subuh penceramah terlihat disudut kesamaran sinaran rembulan seseorang terbaring di tepi tangga masjid. Apabila dilihatnya orang yang terbaring itu adalah sahabatnya,Fawaz, kepalanya berlumuran darah.

Fawaz dikejarkan ke hospital yang berhampiran. Sepanjang perjalanan Fauzi membacakan Yassin di sisi sahabatnya. Apabila tiba di hospital,Fawaz menghembuskan nafas terakhir. Pihak hospital mengesahkan kematian berpunca oleh hentakan yang kuat di bahagian  akibat terjatuh. Tidak ada yang termampu untuk Fauzi lafazkan ketika itu. Sahabat yang amat dikasihinya kerana ALLAH, yang banyak membantu, terlebih dahulu dijemput ILAHI. "Ada hikmah atas apa yang berlaku" ditanam di dalam hati.

Pihak hospital ingin melakukan bedah siasat ke atas mayat. Namun, perkara itu tidak dipersetujui oleh sahabatnya atas dasar agama melarang untuk menyeksa jenazah. Perkara tersebut perlu diselesaikan dan mengambil masa beberapa hari. Alhamdulillah, perkara tersebut dapat diselesaikan. Jenazah tidak perlu dibedah siasat. Jenazah perlu diperiksa sebelum dibawah pulang ke tanah air. Pemeriksaan di lakukan dengan berhati-hati. Pegawai pemeriksa amat terkejut apabila dilihatnya jenazah tersebut kelihatan amat berseri wajahnya. Lalu bertanya kepada Fauzi dan sahabat yang lain, " Apakah yang telah kamu lakukan ke atas jenazah ini?" . Mereka semua kehairanan atas persoalan tersebut lalu melangkah untuk melihat sendiri apa yang telah berlaku ke atas jenazah. Fauzi memperbanyakkan Istighfar dan memohon agar tidak berlaku perkara yang aib ke atas jenazah. "Subahan ALLAH" kalimah yang terucap dari bibirnya. Jenazah kelihatan berseri-seri umpama pengantin. Mereka yang berada disana menyaksikan Kebesaran ALLAH keatas jenazah tersebut.

Keluarga almarhum telah dimaklumkan tentang khabar jemputan ILAHI itu. Mereka hiba mendengar khabar tersebut, namun dikuatkan semangat dengan kalimah "pasti ada hikmah didebalik semua ini." Lafaz "Lahaula wa la quwata illa billa hil 'aliyul 'azim" membri keinsafan kepada yang lain.  Beberapa hari sebelum jenazah tiba ke rumah, keluarga almarhum telah tercium wangi bak kasturi di biliknya. Perkara berlanjutan sehingga jenazah selamat dikebumikan. Sepanjang perjalanan menuju ke tanah perkuburan , jenazah diiringi dengan wangian kasturi yang tidak tahu dari mana datangnya. Semua hadirin menyaksikan KeagungnganNYA atas apa yang trjadi kapada jenazah.

Fauzi dan sahabat yang lain mengerti atas apa yang berlaku adalah janji ALLAH syahid bagi hambaNYA yang menuntut ilmu kerana inginkan Keredhaan ALLAH.

Niat yang ikhlas kerana ALLAH dan kesungguhan dalam mencari ilmu telah membawa hambaNYA ini ke Syurga...

(olahan drpd stu kish benr )

Semoga apa yang dikongsikan memberi manfaat kepada semua...Salam mujahadah.(^_^)

No comments:

Post a Comment